Wednesday 22 May 2013

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN ....



PART I
sambungan dari adik yang aku cerita semalam ( 21 may 2013 )
akhirnya dia pergi meninggalkan semua orang di dunia yang fana ni dan bertemu pencipta 
tanggal 21 MEI 2013 tepat jam 10.20 malam
sejurus selepas aku pos tentang cerita dia semalam , dia pon kembali ke rahmatullah .
sedih , hiba , semuanya terasa
lebih info tentang arwah , dia sedang menduduki peperiksaan STPM 
baru je lepas satu paper
dia seorang pelajar harapan sekolah die 
sesungguhnya Allah memang sayangkan orang yang baik macam dia 

" Ya Allah , kau tempatkan lah dia dikalangan hamba yang kau kasihi , redhakan lah sepanjang hayatnya semasa didunia ini "

adik , cuma alfatihah yang dapat kami sedekahkan kepada kau . 
semoga kau damai disana dan ditempatkan dalam kalangan para solehin . 


PART II
pada tanggal 22 MEI 2013 *hari ni
ayah kepada salah seorang kawan aku telah kembali kerahmatullah pagi tadi

 "Ya Allah , sungguh besar ujian yang kau berikan kepada kawan ku ini . semoga kau beri dia kekuatan untuk tempuhi hari nya yang akan datang tanpa ayah tersayang , kau berkatilah kehidupan nya tanpa doa dari seorang ayah , kau permudahkanlah segala urusannya Ya Allah "

kepada kawanku , be strong okay . 
kami tetap ade bersama kau .
kami doakan semoga ayah kau ditempatkan dikalangan orang yang beriman 


PART III
okay , yang ni bukan story bab orang yang dah meninggal tapi orang yang akan meninggal a.k.a mati
dia seorang criminal
disini ada dua cerita

CERITA PERTAMA: dari warden penjara
dia ditangkap kerana mempunyai satu beg dadah
kire die ni dealer dari luar negara bawak masuk dadah dalam malaysia untuk diedarkan
tapi at the end die ditangkap
ramai lagi geng die ni yang kat dalam penjara yang tengah tunggu proses untuk hukuman gantung sampai mati
tapi die ni masuk hospital sebab disahkan mengalami unstable angina

CERITA KEDUA: pengakuan die sendiri
dia memang ditangkap kerana mempunyai satu beg dadah
tapi dadahdadah tu bukan die yang dealer
tapi kawan die
kire die ni teraniaye laaa
tapi disebabkan dia takde bukti nak cakap yang dadah tu bukan die yang punye so die dituduh bersalah
so mahkamah menjatuhkan hukuman mandatori gantung sampai mati
dia seorang pelajar jurusan marketing kat Universiti Malaya
ada seorang anak berumur tiga tahun
*dengar kisah hidup die memang kesian, datang jauhjauh tapi tibe2 pengakhiran hidup ditali gantung
*tapi kita tak tau sejauh mana kebenaran cerita ni sebab ianya keluar dari mulut seorang criminal 

~THE END~

No comments:

Post a Comment