Wednesday, 22 May 2013

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN ....



PART I
sambungan dari adik yang aku cerita semalam ( 21 may 2013 )
akhirnya dia pergi meninggalkan semua orang di dunia yang fana ni dan bertemu pencipta 
tanggal 21 MEI 2013 tepat jam 10.20 malam
sejurus selepas aku pos tentang cerita dia semalam , dia pon kembali ke rahmatullah .
sedih , hiba , semuanya terasa
lebih info tentang arwah , dia sedang menduduki peperiksaan STPM 
baru je lepas satu paper
dia seorang pelajar harapan sekolah die 
sesungguhnya Allah memang sayangkan orang yang baik macam dia 

" Ya Allah , kau tempatkan lah dia dikalangan hamba yang kau kasihi , redhakan lah sepanjang hayatnya semasa didunia ini "

adik , cuma alfatihah yang dapat kami sedekahkan kepada kau . 
semoga kau damai disana dan ditempatkan dalam kalangan para solehin . 


PART II
pada tanggal 22 MEI 2013 *hari ni
ayah kepada salah seorang kawan aku telah kembali kerahmatullah pagi tadi

 "Ya Allah , sungguh besar ujian yang kau berikan kepada kawan ku ini . semoga kau beri dia kekuatan untuk tempuhi hari nya yang akan datang tanpa ayah tersayang , kau berkatilah kehidupan nya tanpa doa dari seorang ayah , kau permudahkanlah segala urusannya Ya Allah "

kepada kawanku , be strong okay . 
kami tetap ade bersama kau .
kami doakan semoga ayah kau ditempatkan dikalangan orang yang beriman 


PART III
okay , yang ni bukan story bab orang yang dah meninggal tapi orang yang akan meninggal a.k.a mati
dia seorang criminal
disini ada dua cerita

CERITA PERTAMA: dari warden penjara
dia ditangkap kerana mempunyai satu beg dadah
kire die ni dealer dari luar negara bawak masuk dadah dalam malaysia untuk diedarkan
tapi at the end die ditangkap
ramai lagi geng die ni yang kat dalam penjara yang tengah tunggu proses untuk hukuman gantung sampai mati
tapi die ni masuk hospital sebab disahkan mengalami unstable angina

CERITA KEDUA: pengakuan die sendiri
dia memang ditangkap kerana mempunyai satu beg dadah
tapi dadahdadah tu bukan die yang dealer
tapi kawan die
kire die ni teraniaye laaa
tapi disebabkan dia takde bukti nak cakap yang dadah tu bukan die yang punye so die dituduh bersalah
so mahkamah menjatuhkan hukuman mandatori gantung sampai mati
dia seorang pelajar jurusan marketing kat Universiti Malaya
ada seorang anak berumur tiga tahun
*dengar kisah hidup die memang kesian, datang jauhjauh tapi tibe2 pengakhiran hidup ditali gantung
*tapi kita tak tau sejauh mana kebenaran cerita ni sebab ianya keluar dari mulut seorang criminal 

~THE END~

Tuesday, 21 May 2013

Ya Allah . selamatkan lah die

aku ada cerita yang sedih hari ni
ia berkenaan dengan seorang pesakit yang mulanya elok saja tapi tibatiba.......
*gambar hiasan je okayyy
nama dia aku tak tau
tapi dia lelaki
dia berumur 19 tahun
dia disahkan mempunyai tumor berdekatan paruparu dia
die tak dapat bernafas dengan baik sebab tumor tu semakin membesar dan dah menekan salur pernafasan dia
dalam sekelip mata dia tak ada peluang untuk hidup
sembilan belas tahun
satu lingkungan umur yang orang kate baru je nak kenal dunia
baru je nak berdiri atas kaki sendiri
tapi hidup dia dah mendapat dugaan dari Allah sebegini rupa
semoga Allah selamatkan dia , panjangkan umur dia dan beri dia kesihatan supaya dia dapat jalani kehidupan di bumi Allahh ni . amin .......
berdasarkan dari cerita kakak dia
dia seorang budak yang sangat baik
tak nak sesekali ponteng sekolah atau kelas
kalau dirumah hanya tinggal basikal sebagai kenderaan dia
dia sanggup gunakan basikal tu untuk kesekolah walaupun jaraknye jauh
betapa sayangnya dia pada ilmu
dia dah mengalami batuk yang berpanjangan selama sebulan tapi disebabkan dia taknak tinggal pelajaran maka dia pon taknak pergi ke hospital

"walau ape pon yang terjadi pada kau , semoga kau tetap aman . aku pasti yang Allah sangat sayangkan kau :'( "

Thursday, 9 May 2013

hallo . assalamualaikum . hye .
examination week
this is why aku dah lama tak sentuh blog ni
kalau tak harihari nak ngupdat macammacam
so this exam week ,
a bit frustrated
aku tak mintak untuk cemerlang
cukup lah sekadar lulus untuk semua matapelajaran
ia sudah cukup untuk aku teruskan hidup aku kan sini
started on 3rd may 2013 with osce
eventhough dah tahu soalan ape yang keluar tapi ada jugak buat salah *frusttt !
second day on 7th may 2013 with obstetric
okayokay saja *calm and relax
third day on 8th may 2013 with gynaecology
its hard and arrrgggghhhhh *a bit frustrated
fourth day on 9th may 2013 with paediatric
soalan agak mengarut
"peranan permainan meningkatkan intelektual kanakkanak semasa di wad"
WHAT THE **** ?!!
fifth day is today with medical
soalan senang
tapi disebabkan kepala otak aku diserabutkan dengan haemopoitic disorder so aku pon tak sure sangat dengan jawapanjawapan aku tu
*its quite scary
sebab markah midsem haritu cukupcukup makan
takot lahhhh
semoga baikbaik saja
and tomorrow "last payperrrr"
surgical
harapharap tak lah keluar yang mengarutngarut
and wish me all the best and good luck *haha.wish diri sendiri *so ade aku kesah
so this is the end for examination story :)

#studyhard #studysmart #inikalikasiluluslagilah #sayasayangkucing

Sunday, 14 April 2013

First day in labour room

my feeling was so excited this morning sebab nak tengok orang deliver baby

its how my mom deliver masa lahirkan aku dulu

tiba2 rasa sebak

tiba2 gembira sebab tengok patient berjaya lahirkan baby die normal

and today

i've seen one case , baby die abnormal

and that baby was premature

heart beat die kadangkadang ade and kadangkadang hilang

kesian sangat kat ibu die

but i think its some of complication bile pregnant semasa usia lanjut *35y/o and above

but then lepas about half and hour die dilahirkan akhirnya die kembali ke rahmatullah

sebak sangat

ayah die sempat azankan die

actually kite tak tau jantina baby tu sebab private part die tak ada

selain dari kes ni ade keskes yang lain jugak

ada yang deliver senang sangat

ade yang nak deliver susah sangat sampai kene buat LSCS even jalan tu dah ada

yang lain just normal

so this is my day

macam mana la aku nak deliver nanti kan .

so stay tuned ~~

Wednesday, 10 April 2013

penangan WE CHAT

asslamualaikum blogger

hai sahabat

apa khabar temanteman

hehe.

hari ni opening lain sikit pasal nak cerita pasal bab lain

WE CHAT

semua orang mesti dah familiar dengan we chat kan

so tak usah diterang lagi *sedangkan terang lagikan bersuluh HEHE

so we chat kan bole LOOK AROUND

so aku dah buat testimoni semalam

orang akan send GREETINGS kat kita apabila gambar profile kita sangat menarik *mungkin

sebab sebelum ni aku cuma letak gambar dungu ni

*wajah sebenar

takde pon orang nak send greetings kat aku . haha

tapi apabila aku tukar profile picture kepada yang lebih meyakinkan

*a bit fake

haaa kau . teros 6 orang send greetings on the spot

HAHAHAHA

so this is the way you will get connected to others yang kite tak kenal sekiranya kamu memang seorang yang pemalu seperti saya :)

hehe *CHAU


Friday, 5 April 2013

I LOVE MY LIFE

life goes well

sekarang dah boleh outing harihari

penambahbaikan yang positif

tapi akan banyak menghabiskan duit aku *HAHAHA

mood still down

so cerita di wad hari ini :
ade seorang banduan admitted
tapi takde ape cerita yang best berkenaan dengan dia
and ada seorang patient tu admitted sebab kulit die melepuh akibat dari allergic ubat
die syndrome
kesian tengok
tapi relative die kerek semacam
kite nak tolong adik die ape
bukan nak bunuh adik die

no mood lah nak cerita panjang

but i've added song MAAFKAN AKU BY UTOPIA

lagu ni best

touching

so u olls hayati lah lagu ni okay :)

Tuesday, 2 April 2013

JUNIOR BULI SENIOR !

hari ini DUA april DUA RIBU TIGA BELAS

mood : soooo down

STORY DALAM WAD :
nothing special about the patient
tapi hari ini cerita pasal adikadik junior aku

selalu nye SENIOR BULI JUNIOR
tapi kes hari ni JUNIOR BULI SENIOR
*wahwahwah

aku sem tiga
tapi bila tiba prosedure sem dua langsung diorang tak buat
*what the fish

jadi bila kami buat sebok pulak cakap
"ehhh.asal tak panggil nak buat"

ehh budak, name pon kerja
nak tunggu cakap ke baru nak buat ??
aku cakap pagi tadi pon kau tak buat so kau aspect nak soh aku panggil kau lagi suro buat

kat sini cerita die , bukan la aku ni nak berkira dalam buat kerja
tapi bila dah ade tugas masingmasing tu paham2 la sendiri

itu kes sem two
:
ini kes sem one pulak

sponging (mandikan patient atas katil) pagi tu okay laa
semua sem one buat
*memang kerja diorang pon

lepas dari pada tu , diorang bole mengalahkan senior g dok lepak dalam bilik sembahyang
bualbual siap bukak tudung segale
*what the fish again

hari ini patient 23 orang
student 31 orang
patotnye meringankan beban aku
tapi sakit juge pinggang aku ni buat kerja tu

JUNIOR semua tak bole harap
esok kalau korang buat macam ni lagi , tau la ape aku nak buat
grrrrrr >.<